Pengunjung yang membelek buku Di Bawah Payung Aishah


Antara pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2009) yang datang ke gerai PTS.

Mereka sempat membelek buku 'Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami' dan kemudian berlalu pergi.

Saya percaya mereka datang ke gerai itu kemudian untuk membeli buku itu serta buku sebuah lagi mengenai poligami yang diterbitkan oleh PTS, iaitu 'Bahagia Dengan Poligami.'

Terima kasih serta syabas kerana sudi membelek buku saya ketika saya berada di meja penulis hari itu.

Kusyi Hirdan pun ada juga pada hari itu bagi mempromosi novel-novel karangan beliau.

Lagi tentang pilihan saya



Hari ini kali kedua saya hadir di majlis penulis yang diseliakan oleh Tuan Alif Firdaus, PTS-One.

Walau pun tujuan asal ialah untuk mempromosikan buku terjemahan Sherlock Holmes yang saya usahakan bersama beberapa orang penulis lain, namun oleh kerana buku itu kehabisan stok dan menunggu untuk dicetak semula, maka buku saya yang lain diletakkan atas meja untuk dipromosikan.

Kali ini saya dibariskan bersama Kusyi Hirdan, penulis novel remaja yang tidak asing lagi bagi peminat novel remaja PTS.

Dua peristiwa kecil pula hari ini yang sekali lagi melibatkan buku Di Bawah Payung Aishah.

Pertama, seorang perempuan bertubung serta seorang lelaki (tentu suaminya) berketayap membelek buku itu di depan meja saya. Dia bertanya, "Encik sudah bersiteri empat?"

Saya menjawab, "Belum lagi."

Beliau membelek lagi dan selepas itu meletakkan semula buku itu dan beredar dari situ.

Peristiwa kedua, dua orang wanita, seorang bertudung, manakala seorang lagi tidak, telah melintas di depan meja kami sambil menoleh ke arah buku itu. Yang bertudung berkata, "Ya Allah! Tip-Tip Poligami?!"

"Should be banned!" kata yang tidak bertudung. ("Patut diharamkan!"). Kedua-duanya beredar tanpa singgah di meja kami.

Peristiwa hari ini juga membuat saya berfikir tentang beberapa pilihan yang ada pada saya...

Apa pilihan saya?



Hari ini saya dan Saudara Zamri diberi peluang oleh PTS menjadi 'tetamu' PTS, iaitu hadir di majlis bertemu di gerai PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.

Buku utama yang dipromosi ialah yang berjudul 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah.' Oleh kerana ada beberapa buah lagi buku kami yang sudah diterbitkan oleh PTS, maka Cik Syikin telah bermurah hati meletakkan semua buku karya kami untuk dipromosi.

Antara buku yang dipamerkan ialah buku pertama saya 'Di Bawah Payung Aishah.'

Beberapa orang pelajar sekolah serta pembaca dewasa telah membeli buku dan meminta tanda tangan saya dan Saudara Zamri.

Tidak lama kemudian seorang pengunjung wanita, yang memakai tudung labuh, telah bertanya kepada saya, "Adakah encik mengamalkan poligami?"

Saya menjawab, "Saya belum lagi berpoligami."

Katanya, "Saya terlibat dengan poligami. Orang yang belum berpoligami tidak akan tahu secara mendalam tentang poligami. Jadi kalau tulis pun, mungkin tidak serupa dengan perkara sebenar."

Saya tidak menjawab.

Sehingga sekarang saya masih memikirkan kata-kata pengunjung itu, iaitu apakah pilihan yang ada untuk saya sekarang:

(A) Terus tidak berpoligami serta teruskan mempromosi buku itu
(B) Berpoligami dan mempromosikan buku itu
(C) Berpoligami dan menulis buku lain.

Saya masih belum membuat keputusan.

Pelbagai wanita pelbagai bunga



Wanita ibarat bunga. Indah di mata, cantik di hati. Tamsilan ini sesuai bagi wanita yang menyenangkan hati lelaki.

Tapi ingat wahai kaum lelaki!

Wanita itu pelbagai ragam, sebagaimana juga ada pelbagai jenis bunga.

Jagalah wanita anda. Anak perempuan dan isteri anda.

Sekiranya kita merasakan diri kita masih belum sempurna seperti Rasulullah (S.A.W.), maka tidak adillah kalau kita menuntut isteri kita jadi seperti Khadijah atau Aishah.

Akhir kata: "Jangan jadi macam kera yang diberikan bunga!"

Salih Yaacob kini beristeri empat?



Sekiranya anda masih belum puas hati membaca berita tentang personaliti tv yang akan berkahwin dengan anak perempuan seorang Tan Sri, sila baca DI SINI.

Poligami perlu izin isteri?

Anda seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan ingin menikah lagi tanpa izin isteri?

Sila baca DI SINI.

Mahkamah tolak permohonan Raisudin



Pada 5 Februari 2009 lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menolak permohonan Raisudin Hamzah bagi mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah Suberi di Selatan Thailand kira-kira dua tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, mahkamah yang sama juga menolak permohonan bapa Siti Fatimah bagi membubarkan perkahwinan itu secara farakh.

Hakim Syariah, Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah memerintahkan Raisudan dan Siti Fatimah memfailkan permohonan mereka di mahkamah tinggi kerana perkara ini melibatkan isu poligami.

Gambar ini dipetik dari laman web utusan.com.my DI SINI.

Nota: Mungkinkah ada di kalangan para pembaca budiman yang boleh mencadangkan penyelesaian yang lebih mudah untuk Raisudin dan Siti Fatimah, serta sedikit nasihat kepada bapa mertua Raisudin?

Salam Hijrahtul Rasulullah (S.A.W.) 1430



Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 kepada para pengunjung blog ini yang budiman.

Semoga dengan ketibaan tahun 1430 Hijrah ini menjanjikan hari-hari yang lebih bahagia untuk para penyokong dan pendokong (pengamal) poligami.

Khabarnya kalau mengatur giliran untuk bertemu isteri-isteri menggunakan kalendar Hijriah, hasilnya lebih membahagiakan. Dengan syarat berlaku adil, ya.

Salam Maal Hijrah 1430